1.0
NO.
|
BUTIRAN
|
MUKA SURAT
|
|
1.0
|
ISI KANDUNGAN
|
1-2
|
|
2.0
|
PENDAHULUAN
|
3
|
|
3.0
|
MAKSUD MAHAR
MISIL
|
4
|
|
4.0
|
BENTUK BENTUK MAHAR
|
4-5
|
|
5.0
|
BAHAGIAN
BAHAGIAN MAHAR
|
6
|
|
6.0
|
KADAR MAHAR
MISIL
|
6--7
|
|
7.0
|
FAKTOR
PENENTU KADAR MAHAR MISL
|
7
|
|
8.0
|
DALIL
DISYARIATKAN MAHAR MISIL
|
7
|
|
9.0
|
PEMBERIAN MAHAR
Ø MAS KAHWIN DAN PEMBERIAN MENURUT PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
KELUARGA ISLAM
|
7-8
|
|
10.0
|
SEBAB WAJIB
MAHAR MISIL
|
8-10
|
|
11.0
|
CARA PEMBERIAN
MAHAR
|
10-11
|
|
12.0
|
SEJARAH
PEMBERIAN MAHAR
|
12-13
|
|
13.0
|
HUKUM
MENYEBUT MAS KAHWIN DIWAKTU AKAD NIKAH
|
14
|
14.0
|
PERBEZAAN
MAHAR ATAUPUN MAS KAHWIN DENGAN HANTARAN
|
15
|
15.0
|
BAGAIMANA NILAI MAHAR ATAUPUN MAS KAHWIN BAGI ORANG ISLAM
DIMALAYSIA
|
15
|
16.0
|
BILAKAH MAHAR WAJIB DILANGSAIKAN MENURUT IMAM SYAFIE, MALIK DAN
ABU HANIFAH
|
16
|
17.0
|
KEADAAN YANG MEWAJIBKAN MAHAR ATAUPUN MAS KAHWIN
|
17
|
18.0
|
KEADAAN YANG MENGGUGURKAN SEPARUH MAHAR ATAUPUN MAS KAHWIN
|
17
|
19.0
|
KEADAAN YANG MENGUGURKAN KESEMUA MAHAR ATAUPUN MAS KAHWIN
|
18
|
20.0
|
KESIMPULAN
|
19
|
21.0
|
RUJUKAN
|
20
|
PENDAHULUAN
Mahar berasal daripada perkataan
arab. Didalam Al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah,
al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah
suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab
pernikahan. Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada Isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman
Allah S.W.T yang bermaksud:
“Berikanlah kepada orang orang perempuan itu mas kahwin mereka.”
(Surah An-Nisa-ayat4)
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang
diperbuat daripada besi” (
Riwayat Bukhari)
Perundangan
Syariah dinegara kita Malaysia adalah dibawah bidang kuasa setiap sultan
disetiap negeri seperti yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan Persekutuan.
Ini juga bermakna bahawa perkara perkara yang berdasarkan perkahwinan adalah
berlainan diantara negeri-negeri dimalaysia.
Pemberian mahar
suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya
mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta
sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga
merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.
3.0 MAKSUD MAHAR
MISIL
Mahar misil ialah harta yang diberikan kepada pengantin perempuan
dengan kadar pada kebiasaannya sepadan dengannya. Iaitu mahar yang dinilai
mengikut mas kahwin saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan
hendaklah yang dinilai sama dengan mas kahwin keluarganya yang paling dekat
sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya disamping menilaikan
keadaan perempuan itu sendiri dari segi rupa parasnya, pendidikan, agama,
akhlak, status sosialnya dan sebagainya.[1]
4.0 BENTUK BENTUK
MAHAR
1.
Boleh dimiliki
Mahar mestilah merupakan harta yang
boleh dimiliki secara syara’ dan diharuskan penggunaanya samada dalam bentuk
aset seperti rumah, kereta, tanah, wang ringgit ataupun berbentuk manfaat.
Pada dasarnya, jumhur ulama
mengharuskan mahar berbentuk manfaat seperti menyewakan tempat tinggal atas dasar
manfaat tersebut jelas dan boleh dinilai dengan wang. Namun, mereka berselisih
pendapat berkenaan menjadikan pengajaran Al-Quran ataupun ilmu-ilmu agama
sebagai mahar perkahwinan. Jumhur ulama’ berpendapat ianya dibolehkan
berdasarkan kisah yang pernah terjadi pada zaman Rasulullah S.A.W dimana
Rasulullah pernah mengahwinkan seorang pemuda pada ketika itu dengan mahar
mengajarkan Al-Quran.
Namun, ulama’ terdahulu berpendapat
menjadikan pengajaran Al-Quran sebagai mahar adalah tidak diterima. Hal ini kerana
mengajarkan Al-Quran atau ilmu-ilmu agama yang lain tidak boleh dimbil upah.
Dengan sebab ianya termasuk dalam amalan ketaatan kepada Allah. Maka, dengan
itu menjadikan pengajaran Al-Quran sebagai pemberian perkahwinan adalah tidak
diterima.
2.
Diketahui dan
dipersetujui isteri
Salah satu elemen
yang menjadi syarat mahar ialah diketahui kategori, jenis, kadar dan sifatnya.
Dan perlu mendapat persetujuan daripada isteri. Elemen itu sangat
dititikberatkan Islam bagi melindungi wanita daripada sebarang penipuan atau
gharar dalam akad pernikahan dan bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan
pada masa akan datang.
Justeru, mahar
tersebut hendaklah jelas dan bersih daripada sebarang penipuan seperti
memberikan seseuatu yang tidak diketahui samada pada jenis, jumlah atau
sifatnya. Contohnya, memberikan tanah yang tidak ditentukan nilai dan
kawasannya untuk dijadikan mahar. Begitu juga yang asset belum sempurna
pemilikannya. Seperti brang belian yang belum diterima atau sesuatu yang tidak
mampu untuk diserahkan. Seperti burung yang terbang diudara atau binatang liar
didalam hutan.
3.
Bernilai dan
bermanfaat
Mahar mestilah
memiliki jilai yang dapat memberi manfaat kepada isteri. Jumhur fuqaha’
menjelaskan bahawa mahar mestilah daripada mal mutaqawwam iaitu harta
yang bernilai dan boleh diambil manfaatnya oleh si pemilik. Justeru, sesuatu
yang tidak bernilai disisi Islam seperti Khinzir, anjing arak atau dengan
sesuatu yang tidak bermanfaat tidak diterima sebagai mahar.[2]
Mahar yang
bernilai menurut fuqaha’ ialah sesuatu yang berharga seperti emas, perak atau
seguni beras atas dasar barang atau manfaat tersebut mempunyai ukuran harga.
Justeru, sekiranya mahar tersebut tidak memberi manfaat kepada isteri seperti
memberikan sebiji beras atau setitis minyak, maka ia tidak diterima.
5.0 BAHAGIAN-BAHAGIAN MAHAR
a.
Mahar misil
Iaitu mahar yang
dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih
dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan mas kahwin keluarganya yang paling
dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya disamping menilaikan
keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan
sebagainya
b.
Mahar musamma
Iaitu mas kahwin
yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan
tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.[3]
6.0 KADAR MAHAR MISIL
Kadar mahar misil
ialah dengan membuat perbandingan dengan mas kahwin yang pernah diterima oleh
kaum keluarganya isteri sebelah bapa. Oleh itu, mahar misil yang ingin
diberikan hendaklah mengambil kira mas kahwinyang pernah diterima oleh
perempuan asobah.
Perempun asobah
yang paling dekat dengan pengantin perempuan ialah adik beradik perempuan seibu
sebapa. Kemudian anak -anak perempuan kepada adik beradik perempuan sebapa,
kemudian anak anak perempuan kepada adik beradik lelaki dan kemudiannya ibu ibu
saudara sebelah bapa.
Jika perempuan
asobah yang terdekat tidak ada atau mereka belum berkahwin, mas kahwin keluarga
terdekat selepas perempuan asobah hendaklah diambil kira. Mereka ialah
keturunan sebelah ibu. Seperti ibu, nenek, ibu saudara dan anak anak perempun
kepada adik beradik perempuan kerana mereka lebih utama untuk dibuat
perbandingan dibandingkan dengan perempuan perempuan lain.
Jika keturunan
terdekat sebelah ibu juga tidak ada, mas kahwin perempuan lain yang setempat
dengannya hendaklah diambil kira, Iaitu mereka yang mempunyai persamaan sifat
dengan pengantin perempuan.
7.0 FAKTOR PENENTU KADAR MAHAR MISIL
Ketika menentukan
kadar mahar misil, perbandingan yang
dibuat hendaklah mengambil kira faktor berikut:
Umur, kecerdikan,
kecantikan, kedudukan kewangan (harta), mulia diri, beragama, ketakwaan,
keilmuan, masih dara, janda dan semua perkara yang boleh dijadikan penilaian
yang sahih. Ini kerana kadar mas kahwin berbeza dengan berbezanya sifat sifat
ini.
8.0 DALIL DISYARIATKAN MAHAR MISIL
Dalil disyariatkan
mahar misil dan diperakui mahar misil
ialah hadis Rasulullah s.a.w.:
Abdullah bin
Mas’ud r.a ditanya tentang seorang lelaki yang mengahwini seorang perempuan,
tetapi tidak membayar mas kahwin kepada isterinya , dan tidak menyetubuhinya
sehingga mati. Beliau menjawab: “ Perempuan itu mendapat mahar misil seperti
saudara saudara perempuannya, tidak kurang dan tidak lebih. Dia juga beredah
dan berhak mendapat harta pusaka. “ Ma’qil bin Sinan al-Asyja’I r.a. bangun dan
berkata; “ Rasulullah s.a.w telah memutuskan kepada Barwa’ binti Wasyiq,
seorang perempuan daripada kalangan kami, sama sebagaimana yang telah engkau putuskan.
“ Abdullah bin Mas’ud r.a gembira dengan kata kata Ma’qil bin Sinan r.a itu.
9.0 PEMBERIAN MAHAR
Menurut mazhab
Syafie diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga
dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut tidak sah, suami tidak wajib
memberi mahar kepada iesteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.
9.1.01 Mas kahwin dan
Pemberian Menurut Peruntukan Undang undang Keluarga Islam
Mengikut
peruntukan seksyen 21 (1) dan (2) dalam Akta Undang undang Keluarga Islam
(Wilayah persekutuan) 1984 (Akta 303) berbunyi sperti berikut:
4.
Mas kahwin
hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak
perempuan atau wakilnya dihadapan orang yang mengakadnikahkan itu dan sekurang
kurangnya dua orang saksi lain.
5.
Pendaftar
hendaklah, mengenai tiap tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya,
menentu dan merekodkan:
a.
Nilai dan bukti
bukti lain mas kahwin
b.
Nilai dan butir
butir lain pemberian
c.
Nilai dan butir
butir lain apa apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua duanya yang
telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akad nikah itu, dan tarikh yang
dijan jikan untuk penjelasan
d.
Butir butir
cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian
10.0 SEBAB WAJIB MAHAR
MISIL
Mahar misil
diwajibkan kerana sebab sebab berikut:
I.
Fasad
(rosaknya) akad nikah. Seperti salah satu daripada syarat sah akad nikah tidak
dipenuhi. Contohnya perempuan berkahwin tanpa saksi atau tanpa wali. Kemudian
berlaku persetubuhan selepas akad yang rosak itu. Ketika itu mahar misil wajib
diberikan kepada perempuan itu disebabkan rosaknya akad dan mas kahwin yang
yang disebut dalam akad. Di samping itu, kedua dua pasangan wajib dipisahkan.
Kadar
mahar misil dikira dan dinilai dengan nilaian semasa berlakunya persetubuhan.
Bukan semasa berlakunya akad. Ini kerana akad yang rosak tidak diambil kira.
II.
Mas kahwin
dibatalkan. Ia disebabkan berlakunya perselisihan diantara suami isteri dalam
sebutan atau kadarnya.
Jika berlaku
perselisihan dalam sebutan mas kahwin seperti isteri berkata. “Dalam akad, kamu
menyebut mas kahwin untuk aku.’’ Tetapi suami pula menjawab: “ Aku tidak
menyebut mas kahwin dalam akad.” Maka isteri hendaklah bersumpah untuk
membuktikan dakwaannya, dan suami juga diminta bersumpah. Kemudian masa kahwin
tersebut dibatalkan dan wajib dikenakan mahar misil.
III.
Mas kahwin
disebut dengan sebutan yang merosakkan:
Sebutan mas kahwin
boleh menjadi rosak disebabkan beberapa perkara:
Pertama: Mas
kahwin yang disebut bukanlah harta yang diiktiraf oleh syarak seperti arak,
babi, peralatan melalaikan dan lain-lain yang dianggap sebagai bukan harta oleh
syarak. Ini kerana mas kahwin yang diwajibkn oleh syarak mestilah berbentuk
harta atau yang boleh ditukarkan dengan harta. Perkara perkara yang disebutkan
diatas bukanlah harta dari segi syarak.
Kedua: Harta yang
disebutkan sebagai mas kahwin bukanlah harta miliknya seperti dia memberikan
sejada yang dirampas sebagai mas kahwin.
Ketiga: Lelaki
mengahwini dua orang perempuan atau lebih dengan satu mas kahwin sahaja. Akad
nikah sah tetapi mas kahwinnya rosak dan
wajib membayar mahar misil kepada semua perempuan tadi. Ini disebabkan dalam
akad tersebut, mas kahwin tidak diketahui untuk siapa kerana tidak dikhususkan
secara spesifik.
Keempat: Seorang wali
mengahwinkan seorang kanak-kanak lelaki dengan mas kahwin yang melebihi kadar
mahar misil menggunakan harta kanak-kanak tersebut. Ataupun wali mengahwinkan
kanak kanak perempuan atau anak dara yang telah besar tanpa kebenarannya dengan
kadar mas kahwin yang kurang daripada mahar misil. Mas kahwin itu rosak dan
diwajibkan mahar misil kerana wali diperintahkan melakukan perkara yang
mendatangkan kebaikan kepada mereka berdua. Sedangkan tindakan tersebut tidak
mendatangkan kebaikan kepada mereka.
Kelima: Seorang
perempuan yang cerdik dan berakal, janda atau dara berkata kepada walinya,:
“Kahwinkan aku tanpa mas kahwin.” Wali mengahwinkannya tanpa mas kahwin atau
wali mengahwinkannya tanpa menyebutkan mas akhwin.
Dalam masalah ini,
perempuan-perempuan itu wajib diberikan mahar misil. Walau bagaimanapun mas
kahwin itu tidak diwajibkan disebabkan akad nikah tetapi disebabkan
persetubuhan. Ini kerana kerelaan perempuan tersebut tidak cukup untuk
mengharuskan dia disetubuhi kerana didalamnya terkandung hak Allah. Dalam
masalah ini, kadar mahar misil dinilai dengan nilaian semasa akad, bukannya
nilaian semasa persetubuhan.
Isteri boleh
meminta suaminya membayar mas kahwin sebelum dia disetubuhi. Isteri boleh
menolak persetubuhan dengan suaminya sehingga dia membayar mahar misilnya.
Keenam: Dalam akad,
disyaratkan sebahagian daripada mas kahwin diserahkan kepada orang lain seperti
bapa atau adik beradiknya. Akad nikah adalah sah tetapi mas kahwinnya rosak dan
suami wajib memberi mahar misil kepada isterinya.[4]
11.0 CARA PEMBERIAN
MAHAR
Syariat Islam sangat mengambil kira keadaan dan situasi semasa
masyarakat, begitu juga dengan pensyariatan mahar. Islam memberi kemudahan dan
keringanan kepada lelaki yang tidak mampu untuk memberikan mahar secara tunai
sama ada keseluruhan atau sebahagiannya. Untuk memberikannya secara hutang atau
bertangguh ke satu masa yang ditetapkan diatas persetujuan dan keredhaan
bersama. Namun, Islam menggalakkan mahar diberikan secara tunai bagi mereka
yang mampu. Secara ringkasnya, mahar boleh diberikan secara:
1.
Tunai
(Mu’ajjal)
Mahar
mu’ajjal ialah mahar tunai yang disegerakan pemberiannya.Sekiranya suami gagal
memberikannya secara tunai sepertimana yang telah dipersetujui sebelumnya,
isteri berhak untuk menahan dirinya daripada menunaikan hak dan
tanggungjawabnya terhadap suami. Oleh itu,suami tidak berhak memaksa isteri
untuk melaksanakan hak dan tanggungjawabnya selagimana isteri belum mendapat
hak maharnya.
2.
Bertangguh
(Mu’ajjal)
Mahar
mu’ajjal ialah mahar yang diberikan secara hutang atau ditangguhkan pemberiannya
kepada isteri. Pemberian mahar secara bertangguh adalah salah satu bentuk
kelonggaran untuk mempermudahkan urusan perkahwinan bagi golongan yang tidak
mampu untuk memberikannya secara tunai. Sekiranya isteri bersetuju untuk
menerima keseluruhan mahar secara tertangguh, maka isteri tidak berhak untuk
menuntut mahar tersebut sebelum waktu yang telah ditetapkan dan dipersetujui
bersama. Namun, sekiranya terjadi,perceraian atau kematian sebelum tempoh yang
telah ditetapkan dan dipersetujui bersama. Fuqaha berpendapat mahar tersebut
harus ditunaikan segera.
Adapun sekiranya waktu pemberian
mahar tidak ditetapkan dengan jelas, maka ia akan mengikut uruf masyarakat
dikawasan tersebut bersesuaian dengan kaedah fiqh ‘Al-Ma’rif ‘Urfan ka
a-Masyrut Syartan. Ini bermaksud, sekiranya amalan kebiasaan dan uruf
masyarakat setempat memberikan mahar tersebut kepada isterinya.
3.
Separuh tunai
dan separuh bertangguh
Pemberian mahar juga boleh
disegerakan sebahagiannya dan ditangguhkan
lagi sebahagiannya. Dalam konteks ini, sekiranya suami sudah menjelaskan
separuh mahar yang tunai tersebut dan isteri meredhainya, maka isteri haruslah
menunaikan tanggungjawab dan melaksanakan hak suami kerana persetujuannya menerima
mahar secara bertangguh tersebut menunjukkan keredhaan menggugurjan sebahagian
haknya. Oleh itu, sekiranya isteri menafikan hak suami dan mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai isteri, maka dia akan dikira nusyuz. Adapun sekiranya
suami berjanji untuk memberikan keseluruhan mahar secara tunai, akan tetapi dia
hanya menjelaskan sebahagian daripada kadar tersebut, maka isteri mempunyai hak
untuk menahan dirinya daripada melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri.
Keharusan menangguhkan mahar
menunjukkan bahawa islam mengiktiraf mahar sebagai satu pemberian yang bernilai
tinggi yang kebiasaannya diluar kemampuan lelaki. Pemberian mahar secara
bertangguh bukan sahaja dilihat memudahkan urusan lelaki, bahkan memberikan
perlindungan secara tidak langsung kepada wanita. Dengan baki mahar yang masih
tertangguh, ia bukan sahaja berperanan sebagai jaminan sosio-ekonomi wanita
ketika berlakunya musibah seperti perceraian atau kematian suami. Tetapi juga
dianggap sebagai pelindung kepada ikatan rumah tangga. Dimana suami tidak akan
sewenang-wenangnya memperlakukan isterinya atau menceraikannya dengan mudah.
Ini kerana, apabila perceraian berlaku, maka bekas suami terpaksa menjelaskan
dan menyerahkan keseluruhan mahar kepada bekas isterinya.
12.0 SEJARAH PEMBERIAN
MAHAR
Pemberian mahar
dalam perkahwinan telah diamalkan semenjak zaman pra-Islam lagi. Namun, mahar
dalam konteks amalan masyarakat pra-Islam adalah sebagai bayaran ganti dan
harga bagi seorang wanita yang kebiasaannya dimiliki oleh penjaga wanita
tersebut. Dalam amalan masyarakat Jahiliyyah, mahar merupakan syarat sah
perkahwinan. Ini kerana, setelah mahar diberikan barulah perkahwinan tersebut
dianggap sah dari segi undang undang. Bayaran mahar juga dianggap sebagai
balasan dan upah kepada wali yang menjaga dan membesarkan wanita tersebut.
Amalan tersebut menunjukkan wanita seolah-olah dijadikan barang dagangan,
sementara mahar merupakan bayaran kepad penjaga atau wali untuk mendapatkan
wanita yang ingin dinikahi.
Pemberian mahar
berbentuk manfaat juga telah diamalkan satu ketika dahulu seperti mahar
perkahwinan Nabi Musa A.S dengan puteri Nabi Syu’aib A.S. Namun, manfaat
terebut juga menjadi hak wali. Ini kerana, calon suami mesti bekerja dengan
bakal mentuanya sebelum berkahwin, dan pekerjaan (manfaat) itu akan dikira
sebagai mahar perkahwinannya. Firman Allah:
Terjemahannya: Bapa perempua itu berkata kepada musa: “ Aku hendak
mengahwinkanmu dengan salah seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan
syarat bahawa engkau bekerja denganku selama lapan tahun, maka yang demikian
itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak
menyusahkanmu, engkau akan dapati aku Insya Allah, daripada orang-orang yang
baik (layanannya)”.
Konsep mahar yang
diamalkan pada zaman pra- Islam juga dilihat menindas hak-hak wanita dan tidak
dapat dilindungi wanita dalam rumah tangga. Ini kerana, suami juga berhak
menuntut kembali mahar yang telah diberikan samaada keseluruhan atau
sebahagiannya dengan bertindak kasar supaya isterinya akan meminta cerai
daripadanya. Kesan daripada perceraian itu, isteri haruslah memulangkan kembali
mahar tersebut sepertimana yang dikehendaki suami.
Pensyariatan mahar
dalam Al-Quran telah merubah konsep mahar yang sebelum ini tidak telus dan
menindas hak wanita kepada satu pemberian yang melindungi hak wanita. Allah
S.W.T berfirman dalam Al-Quran:
ولا تعضلوهن لتذهبوا ببعض ما ا تيتموهن
Terjemahan: “Dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan
dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa
yang kamu telah berikan kepadanya.”
(An-Nisa’
4;19)
Berikutan itu,
wali yang sebelum ini mempunyai hak keatas pemilikan mahar tidak lagi berhak
menganggap mahar tersebut sebagai hak milik mereka kerana mahar yang
disyariatkan Islam menjadi hak ekslusif isteri. Suami juga tidak berhak memaksa
isterinya (yang telah disetubuhi) untuk memulangkan mahar yang telah diberikan
sekiranya berlaku perceraian. Islam juga tidak menganggap bahawa mahar sebagai
bayaran kepada nilai dan harga diri bagi seorang wanita. Sebaliknya sebagai
pemberian yang bertujuan memberi penghormatan dan perlindungan kepada wanita
13.0 HUKUM MENYEBUT MAS
KAHWIN DIWAKTU AKAD NIKAH
1. Wajib
a.
Jika bakal
isteri itu seorang budak yang masih kecil, gila atau bodoh sedangkan bakal
suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya ( mahar
misil)
b.
Jika bakal
isteri yang sudah baligh bijak dan boleh menguruskan dirinya sendiri dan telah
membenarkan wali untuk mengahwinkannya tetapi ia tidak menyerahkan kepada wali
untuk menetapkan mas kahwinnya.
c.
Jik bakal suami
itu tidak boleh menguruskan hal dirinya sendirinya seperti masih budak, gila
atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri
tersebut tentang bayaran mas kahwin kurang daripada mahar yang sepatutnya, oleh
yang demikian mas kahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang dipersetujui. Maksud
wajib disini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi pebuatan itu
dianggap berdosa dan mas kahwin dibayar mengikut kadar yang sepatutnya ( mahar
misil)
2. Sunat
Rasulullah S.A.W tidak pernah meninggalkan dari menyebutkan
semasa akad, apabila ia menikahkan orang lain. Dengan menyebutnya semasa akad
berlangsung dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan, berhubung dengannya,
disamping dapat membezakan diantara perkahwinan biasa dengan perkahwinan pada
seorang perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah S.A.W tanpa
mahar. Sekiranya mahar tidak disebut semasa akad, tidaklah bererti akad
perkahwinan itu tidak sah tetapi makhruh jika mahar itu tidak disebut.
14.0 PERBEZAAN MAHAR
ATAUPUN MAS KAHWIN DENGAN HANTARAN
Terdapat perbezaan yang nyata dan
jelas diantara mas kahwin dan hantaran. Mas kahwin merupakan pemberian wajib.
Tetapi hantaran lebih merupakan hadiah kepada pihak isteri.
Hantaran
adalah tidak wajib dan terpulang kepada pasangan untuk menentukan kadarnya.
Tiada kadar minimum hantaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini berlainan
dengan mas kahwin. Pada keseluruhannya dalam adat melayui wang hantaran
merupakan bantuan bagi pihak isteri untuk belanja kahwin. Ia bertujuan bagi
mengurangkan bebann isteri dan keluarga isteri dalam membuat persiapan majlis
perkahwinan.
Ia
juga boleh dianggap sebgai hadiah kepada isteri yang kini bakal menjadi
pasangannya. Sekiranya wang hantaran telah diserahkan kepada pihak isteri, maka
terpulang kepada isteri untuk membelanjakannya.
15.0 BAGAIMANA NILAI MAHAR ATAUPUN MAS
KAHWIN BAGI ORANG ISLAM DIMALAYSIA
Di Malaysia, nilai mas kahwin adalah
berbez-beza mengikut pentadbiran dan undang-undang Islam yang diguna pakai oleh
negeri-negeri. Misalnya, kadar mas kahwin di Johor ditetapkan dengan nilai RM
22.50, bagi Sarawak pula adalah RM 120 manakala tiada penetapan bagi nilai mas
kahwin bagi negeri seperti Perak dan Perlis.[5]
16.0 BILAKAH MAHAR
WAJIB DILANGSAIKAN MENURUT IMAM SYAFIE, MALIK DAN ABU HANIFAH
Menurut Mazhab
Syafie dan Malik, si suami tidak wajib segera membayar seluruh mahar yang telah
ditentukan ataupun dijanjikan. Atau ditetapkan oleh hakim (jika belum
ditentukan sebelumnya) kecuali apabila telah berlangsung hubungan seksual yang
hakiki antara mereka berdua.
Namun, menurut Abu
Hanifah, si suami sudah wajib membayar mahar sepenuhnya apabila suami dan
isteri telah berada berdua disebuah tempat tertutup yang tidak dilihat oleh orang
lain. Dan tidak ada hambatan bersifat keagamaaan atau fisik pada slaah seorang
dari keduanya untuk melakukan hubungan seksual. Hambatan yang bermaksud,
sebagai contoh suami sedang dalam keadaan puasa yang wajib atau si isteri dalam
keadaan haid, atau salah seorang dari mereka sedang menderita sakit yang tidak
memungkinkan terjadinya hubungan seksual yang hakiki. Pendapat seperti ini
berdasarkan riwayat dari Waki, dari Nafi’ bin Jubair, bahawa para sahabat Nabi Muhammad
S.A.W menyatakan bahawa apabila “Tabir telah diturunkan dan pintu telah
ditutup, maka mahar telah wajib dilangsaikan.” Membawa maksud bahawa mahar
tidak boleh ditunda lagi. Kecuali jika ada persetujuan dari isteri untuk
menundanya, atau dia merelakannya untuk dihapus sebahagiannya ataupun
keseluruhan mahar ataupun mas kahwinnya.
17.0 KEADAAN YANG MEWAJIBKAN
MASKAHWIN
Mas kahwin itu wajib dibayar mengikut sebagimana yang tersebut
didalam akad jika dinyatakan dimasa akad dan mas kahwin itu wajib dibayar
dengan keadaan keadaan berikut;
i.
Apabila suami menetapkan
bahawa ia akan membayarnya sebelum dukhul dan dipersetujui oleh pihak isteri,
oleh yang demikian isteri berhak melarang atu menghalang suami dari
menyetubuhinya sehingga suami tersebut menentukian kadar mas kahwin yang akan
diberinya sama ada dengan cara tunai atau hutang, jika dijanjikan tunai maka
pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari menyetubuhinya sehingga
dijelaskan mas kahwinnya itu.
ii.
Apabila
penetapan mas kahwin itu dibuat oleh kadi dengan sebab keengganan pihak suami
dari membuat ketetapan atau dengan sebab perbalahan atau perselisihan kedua
belah pihak tentang kadar mas kahwin tersebut dan bila kadi menentukannya akan
mas kahwin tersebut, hendaklah dibayar tunai (tidak boleh hutang)
18.0 KEADAAN YANG
MENGGUGURKAN SEPARUH MAHAR ATAUPUN MAS KAHWIN
Apabila berlaku
talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh mas kahwin sebagaimana firman
Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan
kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan mas kahwinnya, maka bagi
perempuan itu stengah dari apa yang kamu ytentukan itu”.
Gugur separuh mas
kahwin sekiranya perceraian ini berlaku berpunca dari pihak sumai, seperti
suami menjadi murtad atau suami menganut Islam dan isterinya tidak. Tetapi
sekiranya berlku perceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami
memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang da pada isteri
maka mas kahwin itu akan gugur kesemuanya.
19.0 KEADAAN YANG MENGGUGURKAN KESEMUA
MAHAR ATAUPUN MAS KAHWIN
Jika seorang suami
meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak waris suami wajib membayar
mahar ataupun maskahwin ini sepenuhnya kepada bekas isterinya dan jika mas
kahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar
misil.
Sebaliknya pula
jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak suami
wajib membyar mas kahwin sepenuhnya kepada waris bekas isterinya jika mas
kahwin itu belum dijelaskan lagi.
Sebagaimana sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Dari Alqamah katanya seorang perempuan telah berkahwin dengan
seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai menyetubuhi isterinya
itu dan mas kahwin pun belum ditentukan kadarnya. Kata Ulqamah, mereka mengadu
hal tersebut kepada Abdullah, maka Abdullah berpendapat perempuan itu berhak
mendapat mahar misil spenuhnya, dan perempuan itu berhak mendapat pusaka dan
wajib pula dengan bereddah. Maka ketika itu Ibnu Ma’kul bin Sanan Al-Saja’I
menjelaskan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W telah memutuskan terhadap Baraq bin
Wasaq seperti yang dilakukan oelh Abdullah tadi”.[6]
(Riwayat al-Tarmidzi )
20.0 KESIMPULAN
Mahar bukannya
imbalan atas mana-mana faedah yang diperoleh pleh pihak suami, tetapi pemberian
wajib dengan penuh kerelaan hati kepada isteri samada berupa aset atau manfaat
dalam memulakan hidup bersama. Pemberian mahar dalam Islam dibina atas dasar
persetujuan dan keredhaan bersama suami dan isteri. Islam sama sekali tidak
menganggap bahawa mahar merupakan harga kepada seorang wanita. Tetapi bertujuan
memberi penghargaan untuk mengiktiraf hak-hak wanita dalam perkahwinan.
Pensyariatan mahar
dalam Al-Quran bukan sahaja telah merubah amalan mahar yang mendiskriminasikan
dan merendahkan status wanita. Bahkan menunjukkan bahawa Islam sangat
menitikberatkan pemberian mahar kepada wanita walaupun ia merupakan amalan asal
tradisi masyarakat jahiliyyah. Islam memberikan wanita hak ekslusif untuk meminta dan menetapkan kadar mahar
mengikut kehendak dan keperluan mereka samada berbentuk aset atau manfaat yang
halal dan bernilai, kerana pada dasarnya syariat Islam tidak menetapkan
sebarang batasan kadar tertentu. Walaubagaimanapun, Islam menganjurkan agar
kadar tidak diletakkan secara berlebihan hingga memberatkan urusan perkahwinan.
Akad secara
khususnya adalah berdasarkan kepada kasih sayang, kerahmatan dan jalinan hidup
antara dua jasad dan dua jiwa, maka hendaklah pihak suami memberikan hadiah
kepada isterinya sebagai melambangkan kesetiaan dan kesungguhan azamnya pada
masa hadapan. Ini juga merupakan niat baik suami terhadap isteri. Dan juga oleh
kerana akad itu telah memberi kuasa suami terhadap isterinya, maka eloklah
pihak suami memberi benda yang boleh mendatangkan kesenangan dalam jiwa isteri,
iaitu ia merasa mendapat perhatian yang berat daripada suaminya. Maka
sebenarnya mahar itu merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.
21.0 RUJUKAN
1.
Dr. Mustapha
Al-Bugha (2006), Fiqhul Manhaji Al- Shafie hlm 911-914, Kuala Lumpur
2.
Dr. Musthapha
A-Bugha (2009), Fiqhul manhaji Al-Shafie hlm 759-763, Kuala Lumpur
3.
Dato’ Dr. Haron
Din (2007), Islam Panduan komprehensif keluarga bahagia hlm 108-109,
Kuala Lumpur, PTS millennia Sdn.Bhd
4.
Dato’ Dr Haron
Din (2015),Manusia dan Islamhlm 225
5.
Sulaiman Endut
(1999), Ingin tahu Perkahwinanhlm 46-48, Kuala Lumpur, Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd
6.
Muzayyanah
Abdullah (2011),Mudahnya Berkahwin Dalam Islamhlm 78, Selangor, PTS
Islamika Sdn.Bhd
7.
Syaikh Abdul
Rahman Al-Jazairi (2011), Fiqh 4 Mazhab Juzuk 4,5 hlm 852, Johor Bahru,
Perniagaan Jahabersa
8.
Muhammad
Bagir(2016), Panduan lengkap Muamalah Menurut Al-Quran, Al-Sunnah, Dan
Pendapat Para Ulama hlm 182, Jakarta Selatan, Mizan Digital Publishing
9.
Dato’ Dr. Mohd.
Fadzilah Kamsah& Noralina Omar (2005), Soal Jawab PraPerkahwinan hlm
67, Kuala Lumpur, PTS Millenia Sdn.Bhd
Ulasan
Catat Ulasan